Bolehkah Teknologi Menyediakan Pendidikan Untuk Semua?

2 mins read
Bolehkah Teknologi Menyediakan Pendidikan Untuk Semua

Peralihan pendidikan daripada bilik darjah ke dalam talian akibat pandemik Covid-19 merupakan sesuatu yang boleh dikatakan menarik. Walaupun kedua-dua pihak pelajar dan guru mengalami kesukaran untuk menangani perubahan ini, ia juga membuka satu peluang – adakah teknologi boleh menyediakan pendidikan untuk semua, tanpa mengira status sosio ekonomi mahupun lokasi geografi?

Hakikat yang jelas dapat dilihat adalah sejauh mana jurang perbezaan dalam pendidikan antara pelajar di bandar dan di luar bandar serta antara yang miskin dan yang kaya. Pembelajaran dalam talian memerlukan peranti dan sambungan Internet. Sesetengah kanak-kanak ini tidak mempunyai wang untuk memiliki komputer riba atau tablet, walaupun telefon pintar kini semakin murah.

Namun begitu, teknologi pendidikan (edtech) mempunyai potensi yang besar. Ia boleh memberikan akses kepada pendidikan bagi mereka yang mempunyai halangan untuk hadir ke sekolah atau sukar beradaptasi dengan kaedah pembelajaran bilik darjah yang konvensional.

Edtech boleh menawarkan pembelajaran yang diperibadikan. Pelajar boleh belajar mengikut keupayaan mereka sendiri dan maju ke tahap seterusnya hanya selepas mereka dapat menguasai satu tahap. Edtech juga boleh menyampaikan pembelajaran melalui cara interaktif dan kreatif serta melalui gamifikasi.

Inilah dia penggerak kepada SOLS edu App. Teknologi ini membolehkan pengguna mempelajari Bahasa Inggeris mengikut rentak yang tersendiri, dalam bahasa ibunda mereka sendiri, tidak kira sebagai seorang dewasa mahupun pelajar, atau sebagai seseorang yang hanya mempunyai sedikit atau langsung tiada pengetahuan dalam bahasa tersebut. Proses pembelajaran ini juga memanfaatkan pembelajaran interaktif dan maklum balas, yang memberikan rangsangan yang serupa dengan suasana bilik darjah secara bersemuka dengan guru, tetapi pada tahap yang lebih peribadi.

Di SOLS 24/7, kami percaya dalam mencipta peluang pembelajaran yang saksama untuk semua dan teknologi inilah yang bakal membuka jalan ke arah itu.

Klik di sini untuk membaca lebih lanjut →